Thursday, July 17, 2008

shoes shoes shoes


My favourite shoes shoes shoes CHARLES & KEITH their designs are up-to-date....shop till you drop

Tuesday, July 15, 2008

Wonderful party activity the making cupcakes 4 izza birthday

Semalam birthday izza....i and ikin plan buat cupcakes+makan-makan.Kul 6.30 ptg semua member berkumpul kat umah family i @ gombak.Kul 7.00pm the making of cupcakes bermula ...tq 4 ikin, kak tanti dari bandung and izza kerna banyak tolong kita. Dalam kul 10.00 majlis bermula sambil makan-makan, kalau julia+huda+najiha+eni and baby wahda @abu dhabi...aderr mesti lagi best+hope izza suka and when we have the next party...







Sunday, July 6, 2008

CINTA SEJATI LANGIT DAN LAUT



Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata 'Aku Cinta Padamu' ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.


Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran


Hati ini mungkin tidak seteguh Sumaiyah, Jiwa ini mungkin tidak segagah Fatimah, tulus tidak setanding Rabiatul Adawiah, Jasad ini tidak setegap Masyitah, namun harapku berupaya mencontohi sedikit kekuatan jiwanya Sumaiyah, mencontohi perawakan mulia Mariam, mejadi wanita faqihah sebijak Aishah, menjadi mar'ah setabah hati Asiah, menjadi srikandi sehebat jiwa Sumaiyyah,Menjadi insan indah seanggun akhlak Rabiatul Adawiyah,menjadi isteri solehah setulus kasih Khadijah,semoga menjadi wanita dan kekasih idaman setiap kalbu pencinta Ar-Rahman

Namun, sedarnya di bahu kita terpikul beban perjuangan, Justeru memerlukan sedikit keteguhan hati, keberanian dan ketulusan, kegagahan dari setiap insan bergelar sahabat, Agar diri dapat terus istiqamah bersama dalam perjuangan Muslimah hari ini, mungkin kita tak sehebat muslimah solehah srikandi islam terdahulu, namun, kita masih punya upaya untuk mencontohi mereka sekadar termampu kita, terus berusaha bermujahadah dalam meraih redha dan kasihNYA, menjadi neraca sebagai muslimah hari esok, permata indah hiasan dunia sementara, menjadi calon solehah wanita bidadari syurga....insyaAllah..

"Ya Allah kau perkuatkanlah hati2 kami moga kami bisa menjadi penegak agamaMU dalam dunia penuh dugaan ini....Ameen..."

p/s: entry di atas amik dari blog asyikin...penuh makna moga kita mampu melaksanakannya tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dengan sebaik-baiknya....

my collections + favourite+ hobby









Friday, July 4, 2008